Saturday, August 29, 2009

we won!!




"Huh...kenapa ni qamarol? Aku nak mu main kat dalam...main macam Hock Wui!" aduh....kene marah ngan Peng..
"Ok2x"...aku sebenarnye serba salah....
Si Abang Kambing(pelik) tu....suruh aku main kat luar...die suruh aku main cut-in....tpppp
Peng nak aku main kat dalam..Adewh!!

"Sorry Peng.."
"Ehh...tak apa-apa..xdek hal"
"...td aku ikut cakap Abang Kambing je..ok2x...aku try main kat dalam"
"OK"

"Qamarul! Main turning cket! Duk kat no.3!" dah jerit dah coach peribadi aku..ayah!
"Ok-OK!!

Waaa....letih dowh! 3/4 quater aku main!

Tapi....berbaloi! =)

Thursday, August 6, 2009

Kerahmatan-Nya pada hamba yang hina!



Disatu petang khamis..
Sedang bersiap-siap untuk pergi buat kali pertama ke markas di Terengganu.
(cam mane bleh lupa nama kampung tu nii!!!)

“Nah Rm10…Cukupkan buat makan?” tanya bapakku.
“Yew...insya’allah,abah jgn risau sngt,pergi ni pun kerana Allahkan” aku jawab dengan selamba dan angkuh.

“Pergi jaga diri betul-betul,jangan main-main plak !” pesan mamaku yang kecik-kecik.
“Ok-ok”.

Tak lama sikit,datang kereta saga type classic sikit kat depan umah.Abang Din datang seperti yang dijanji semasa di surau Jalan Dato’ depan simpang empat berdekatan Hospital Besar Kemaman.

“Hah,dah pack barang-barang tu?”
“Dah Abang Din,tunggu nak bertolak je ni.” Entah ikhlas ke tidak aku jawab macam tu.
“Alhamdulillah,jom kita pergi amek dua orang lagi karkum(betul tak ni nanin?) Abang Din.Sorang kat Taman Islam,sorang lagi kita tunggu di hotel murah lepas jambatan Bukit Kuang.Dia kerja kat situ.”
“Ok.” Aku tau mengangguk je.Sebenarnya,segan jugak ngan Abang Din ni,sebab bukannya rapat sangatpun.Baru je kenal. ;p

“Nak tau tak? Karkum kat Taman Islam ni nak pergi sangat sebab dia nak jumpa sangat orang kampung dia kat sana,tu yang dia nak pergi sangat tu.” Abang Din memecah kesunyian dalam kereta.
“Ooo...patutlaa.Dia asal dari mana?”.
“Orang Kelantan.Dia rindu sangat nak jumpa orang sana.” Haha...gelak kecik.
Akupun sama jugak ikut gelak kecik.

Di rumah sahabat tu.
“Yaa Abang Din,maaf tunggu lama Abang Din.Saya mandi tadi.Hahaha.
Ehh..orang baru!”.
“Emm”. Aku tersenyum.
“Skrang kita pegi amek Sepu plok.Jom-jom!”. Ajak sahabat baru aku ni.
(maaflah..aku betul3x lupa nama karkum ni..aaaa..maaf!)

Di hotel murah seperti dijanjikan.Kelibat Sepu berada di seberang jalan.
“Haa..anta apa khabar? Pehh...ni laa Abang Din,karkum ‘mahal’ ni Abang Din.
Bukan senang kita nak jumpa sahabat kita boleh cakap Arab ni.” Bodek sahabat aku ni ngan Sepu sambil gelak-gelak.
Abang Din setuju sangat-sangat.Patutla Abang Din sayang sangat kat Sepu ni.
Aduh! Aku rasa malu sangat.Sebab pandangan pertama aku pada Sepu ni tak baik.Ish! Yelaw...kalau korang tengokkan,adeh! Macam orang yang kuat lepak.(aku pun same)
Hisap rokok 4 kotak sehari.Adeh! Rupa-rupanya...
“Hari tu mase masa jemaah dari Pakistan datang,Si Sepu ni laa borak-borak ngan jemaah tu.Abang Din tengok je.” Bagitahu Abang Din kat aku lepas tu.
Memang malu sangat-sangat laa kawan-kawan.Hmmmm

Lepas ambil kedua-dua sahabat ni.Kamipun meneruskan perjalanan kami ke Kuala Terengganu yang mungkin mengambil masa kurang dari dua jam dengan kelajuan kereta yang agak laju.Tetapi sebelum tu,minyak kereta harus di isi.Aku berpendapat,Abang Din laa yang akan support semua tu.Tetapi...
“Abang Din,nak korban berapa ni Abang Din?” Aduh..Soalan yang memang menyerang urat saraf di otak.TEPAT plak tu! Ayah aku bekalkan aku Rm10.Tambah dengan saki baki yang ade,lebih kurang dalam wallet aku ada Rm12.

“Tak laa banyak,Rm10 je sorang dah cukup”. Erkk! Rm10 masa tu betul-betul buatkan aku terpikirkan pasal macam mana aku nak makan malam nanti kalau dieorang berhenti kat kedai-kedai tepi jalan untuk makan malam.Kalau dieorang tak berhenti,takpe,sebab aku ingat aku nak tahan je perut aku yang dah lapar ni sebab memang aku tak sempat nak isi tadi sebelum bertolak.Adeh! Nak buat cam mana.Akupun hulur laa Rm10 inggit aku tu.Skrang dalam poket aku ada Rm2.Erm..cam mana aku nak isi perut ni.Pastu aku teringat,Abang Din cakap,lepas solat Jumaat besok,kita terus balik Kemaman.Tulaa yang buat aku lega sikit.Tapi,masih berlegar kat kepala otak aku ni,apa alasan aku nak guna nanti.Aku sebenarnya segan nak bagitahu Abang Din masalah aku ni.AAAaa....

“Abang Din,kita ni nak teruskan perjalanan atau nak berhenti makan kat kedai dulu?” tanya karkum tadi pada Abang Din dan sekali lagi buat aku duduk di sit depan bersebelahan Abang Din gelisah macam cacing kepanasan.Macam mana ni.
“Kita tengok dulu,kalau sempat,kita makan kat sana je,sebab kantin kat sana murah je.” Jawab Abang Din.Yelaw..Walau semurah mana pun makanan kat sana,cukup ke untuk aku beli nasik dan air untuk malam ni,pagi esok dan mungkin untuk makan tengah hari sekali?
Ahh...betul-betul buat aku berpeluh pikirkan pasal nak isi perut ni.Sampaipun tak lagi.Masa ni laa aku terdetik rasa hamba pada yang Esa.Aku diam dan berdoa dalam hati...
Ya Allah,sesungguhnya aku keluar pada hari ini kerana-Mu Ya Allah,maka permudahkanlah rezeki kepadaku Ya Allah.
Tu je yang mampu aku buat.Apa yang berputar kat kepala ni hanya makan dalam talam secara percuma.

Magrib.Aku singgah di satu surau di Kijal untuk tunaikan solat Magrib berjemaah.Sesudah solat Magrib,Abang Din mencadangkan tuk teruskan perjalanan straight ke markas.Aku sedikit lega.Alhamdulillah.

Di Markas

Orang di Madrasah tu ramai sangat-sangat.Bangga jugak sebab ini kali pertama aku join jemaah seramai ni.Sampai kat situ,aku ngan rombongan 3 orang ni,cari port untuk lelapkan mata dulu.Kiteorang amek tempat kat bahagian atas.Lepas tu,aku pergi turun bawah.Cuba pergi sertai orang ramai.Penceramah tu orang Pakistan(kalau tak cilap) dan sebelah dia penterjemah Malaysia.First time dengar macam tak selesa sebab lepas penceramah tuk cakap(dalam bahasanya) penterjemah tu pulak explain.Tapi,bile dah duduk satu jam dua.Beres!

Selesai solat Isyak(aku dah jamak tadi) di Markas,orang ramai berpusu-pusu keluar untuk isi perut dieorang.Ada yang aku tengok,orang dah bawak bekal satu bekas nasi,dengan bermacam-macam lauk.Erk...tertelan air liur aku masa tu.Rm2? Nak buat ape ekk. Aku ni terkedek-kedek ikut belakang Abang Din menuju ke kantin.Kat situ,ada pakcik jual jeli kelapa.Satu singgit.Haa..
Cukup tuk aku beli! Abang Din pun tuju kat situ jugak. Pastu Abang Din cakap..
“Bagi saya dua.” 2???....”Nah.”
“Nanti saya bayar balik ekk Abang Din.”....
“Tak pe,Abang Din blanjew.” Adeh.....
“Tima kasih Abang Din.” Aku sungguh-sungguh ucap.Ikhlas dari hati!(dan perut)

Aku ngan Abang Din duduk kat kerusi di kantin.Kat situ,ada laa orang dah start beli makanan.Aku tengok je orang lalu lalang kat tepi.
“Haa,ada orang buat roti canai,boleh r kita try.” Cadang beliau kat aku yang tengah melahap jeli tadi perlahan-lahan.Control lapar!
“Hmm..bleh je.” Ntah nape aku pergi jawab cam tu,camlaa aku mampu beli roti tu buat masa tu.

Tiba-tiba....
“Ehh,tu makan freekan?” Haa?! terbeliak mata aku kat hamba Allah sebelah depan kanan aku.
“Yew dah tu.” Jawab sahabat dia..
Akupun tengok laa kat sebelah kanan aku.A’ah!
Ada orang sediakan talam.Waa!! Masa tu aku betul-betul teringat pada doa aku petang tadi! Ya Allah..Maha Pemberi Rezki,Maha Pemurah!
Alhamdulillah pada rezeki Mu Ya Allah!

“Haa,maro, boleh laa kita join jap lagi makan kat situ,takyah keluar duit.”
“Betul-betul.” Rasa nak angguk je tanda SETUJU BENAR ngan cadangan tuh!
Lepas ciap masak.Dieorang(penaja makanan) panggil semua jemaah jemput makan.Aku ikut Abang Din cari talam kosong.
“Satu talang 6 orang! Duduk-duduk..Nanti talam datang!” Jerit sukarelawan tu.

Selesai makan dengan perut ala-ala kenyang.(Pemberitahuan.Nabi Muhammad tak penah kenyang.) Aku tuju ke tempat aku letak beg aku tadi.
Niat nak berehat.Tapi aku solat dulu sebelum....ZZzzz

Keesokannya.
Tenteremmmm(kunun2x lagu)...Sarapan!
Hmmm...takpe.Aku sabar je.Mana tahu ada makan free lagikan.Abang Din bawa aku makan di kantin.Rm2.Boleh laa kut,nasik lemak + air. Sampai kat situ,sekali lagi Abang Din yang baik ni belanja aku lagi.Ish!
Nasik lemak + karipap + air tea susu.
“Brape inggit pulak ni Abang Din?” Aku saja buat-buat tanya.Sambil makan.
“Takdek laa mahal,tak sampai 3 inggit dua nasik lemak ni.” Abang Din tersenyum.

Aktiviti habis dalam linkungan sebelum solat Jumaat.Aku bersyukur laa.Sebab aktiviti dah habis,aku dapat join dan sebentar lagi,balik rumah! Huhu...
Selesai solat Jumaat di masjid berdekatan.Datang sahabat lain bertanye..
“Din,,jom g cari lauk kambing nok? Sedap tu,bukan selalu ni,guane?”
“Bereh je,kat mana ada jual?”
Adeh! Aku ni cam mana? Lauk kambing tu.Singgit dua mana cukup!
Tapi selamat,Abang Din tak join dieorang.Tapi dalam perjalanan nak balik tu.
Ada laa singgah kat kedai makan.Makan tengahhari.Aku tak order makan.Air milo ais je satu.Abang Din ada tanya kenapa,aku jawab,aku sakit perut!
Tipu! Aku tengah kesempitan...=(

Duit Rm2 yang aku ada,aku buat bayar air milo tu.Habis!
Dalam otw nak balik Kemaman.Macam-macam kedai dieorang singgah.Aku ni tengok je laa.Ada satu kedai ABC kat Paka.Dieorang singgah jugak.Aku order skyjuice je.Alasan = Sakit Perut. Padahal lapor yang amat.Aku memang betul-betul teringat nasik kat rumah.Lepas gerai ABC tu,barulah betul-betul perjalanan menuju ke Kemaman. Masa tu dalam linkungan pukul lima lebih jugak sampai kat rumah..Huhu..

Tempat pertama dituju.DAPUR! Yeahhh!!! Tudung SALJI! Yeaaa!!
Buka tudung salji..............
...........................................................
Nasi tak ada.Mak aku tak sempat masak hari tu.Hukhukhuk
Cam nak nangis je...End!

Tu laaa.....kisah ajaib dan pengajaran dalam hidup aku.
Sekarang ni kan...aku betul-betul lapar! Hahahaha...lepas aku postkan crite ni.Konpem p bukak tudung salji.Mintak-mintak nasi goweng bukak pose tadi ada lagi.Hihi..Oklah..Salam sejatera buat semua pembaca.Tq...